Terma Dan Syarat

Dengan mendaftar dan menggunakan Portal Jodoh Darul Iman (“portal”), anda dianggap telah memahami, bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat berikut:

  1. Portal ini disediakan khusus untuk membantu individu Muslim yang serius dan berakhlak mulia dalam mencari pasangan hidup secara halal dan patuh syariah.
  2. Kelayakan Pengguna
    1. Beragama Islam.
    2. Berumur 18 tahun ke atas.
    3. Masih bujang, duda atau janda.
    4. Tidak menyalahgunakan identiti atau status diri.
  3. Tanggungjawab Pengguna
    1. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang maklumat yang dimuat naik.
    2. Tidak memberi atau meminta wang atau hadiah.
    3. Menjaga adab komunikasi dan batas syariah sepanjang proses taaruf.
    4. Tidak dibenarkan menggunakan portal ini untuk tujuan persendaan, penipuan, hubungan sulit, atau aktiviti tidak bermoral.
    5. Tidak mendedahkan maklumat peribadi pihak lain tanpa keizinan.
    6. Tidak menyalahgunakan platform ini untuk aktiviti promosi, iklan atau jual beli.
  4. Larangan Keras dan Keselamatan Maklumat
    1. Bertemu calon secara berdua-duaan tanpa mahram.
    2. Mendedahkan maklumat peribadi terlalu awal (alamat, nombor akaun bank, dokumen pengenalan dll).
    3. Membuat transaksi kewangan atau memberi wang kepada calon.
    4. Menggunakan kata-kata lucah, romantik melampau, atau mesej yang melanggar adab Islam.
    5. Menipu status perkahwinan atau maklumat diri.
    6. Segala komunikasi dan perkongsian maklumat dilakukan atas risiko sendiri.
    7. Sila laporkan sebarang penyalahgunaan, penipuan atau gangguan.
  5. Keselamatan & Privasi
    1. Pihak portal berusaha melindungi data pengguna namun tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan oleh pengguna lain.
    2. Namun, anda bertanggungjawab terhadap maklumat yang anda kongsikan kepada calon lain.
  6. Laporan Salah Laku
    1. Sebarang bentuk gangguan, penipuan atau tingkah laku mencurigakan hendaklah dilaporkan segera kepada pihak pengurusan portal.
    2. Pihak portal berhak menyekat atau membatalkan akaun pengguna yang melanggar peraturan.
  7. Penamatan Akaun
    1. Pihak portal berhak menamatkan akaun pengguna tanpa notis jika didapati melanggar terma, menyalahguna sistem atau memudaratkan pengguna lain.
    2. Pengguna juga boleh menamatkan akaun sendiri pada bila-bila masa melalui tetapan akaun.
  8. Pengecualian Tanggungjawab
    1. Portal ini hanyalah sebagai platform perantara. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kejadian yang berlaku antara pengguna seperti penipuan, salah laku, atau kegagalan perkahwinan. Namun, kami akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika diperlukan.
  9. Pengubahsuaian Terma
    1. Pihak pengurusan portal berhak meminda atau mengemaskini Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Pengguna digalakkan menyemak halaman ini secara berkala.
  10. Hubungi Kami
    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau ingin melaporkan salah laku, sila hubungi kami melalui:
    Emel: pem.keluargaypkt@gmail.com
    Telefon: 09-624 9355/57/58 (waktu pejabat sahaja)