Panduan Pematuhan Syariah

Sebagai platform jodoh Islamik, kami komited memastikan proses taaruf berlangsung dalam suasana yang menjaga adab, batas syarak dan mendapat keredaan Allah SWT.


1. Niat yang Betul

Niatkan penggunaan portal ini untuk tujuan yang halal – mencari pasangan hidup demi membina keluarga sakinah.
Hindari niat untuk bermain-main atau hubungan yang tidak serius.

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Jaga Adab Perbualan

Gunakan bahasa sopan dan menjaga aurat hati.
Elakkan bicara menggoda, lucah atau yang membangkitkan nafsu.

“Dan janganlah kamu melembutkan suara dalam berbicara, sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya.”
(Surah al-Ahzab, ayat 32)

3. Tiada Perjumpaan Berdua-duaan

Pastikan pertemuan berlaku dengan kehadiran mahram atau pihak ketiga.
Jangan bersendirian dengan calon di tempat sunyi atau tertutup.

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

4. Libatkan Keluarga Seawal Mungkin

Dapatkan restu ibu bapa dan libatkan mereka dalam proses perkenalan.
Elakkan hubungan rahsia tanpa pengetahuan keluarga.

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik...”
(Surah an-Nisa’, ayat 19)

5. Rahsiakan Maklumat Sensitif

Kongsi maklumat diri secara berperingkat bila yakin.
Jangan sebar terus alamat rumah, nombor akaun, atau dokumen penting.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan...”
(Surah an-Nur, ayat 21)

6. Larangan Transaksi Kewangan

Fokus pada kenal hati budi, bukan wang ringgit.
Elakkan beri hadiah, duit atau apa-apa bayaran kepada calon.

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain dengan jalan yang batil...”
(Surah al-Baqarah, ayat 188)

7. Solat Istikharah dan Musyawarah

Minta petunjuk dari Allah dan pandangan orang yang dipercayai.
Jangan buat keputusan terburu-buru tanpa pertimbangan.

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepada Allah.”
(Surah Ali Imran, ayat 159)

8. Jujur & Amanah

Nyatakan status sebenar (bujang, duda, janda dsb).
Menipu status peribadi adalah dosa dan menyakitkan pihak lain.

“Barang siapa yang menipu, maka dia bukan daripada golongan kami.”
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Laporkan Salah Laku

Jika berlaku gangguan atau penipuan, lapor kepada pihak pentadbir dan polis jika perlu.
Jangan berdiam diri jika anda jadi mangsa.

“Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa...”
(Surah al-Ma’idah, ayat 2)

10. Ingat Allah Maha Melihat

Gunakan portal ini dengan rasa tanggungjawab kepada Allah.
Jangan khianati kepercayaan orang lain dan amanah niat asal.

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.”
(Surah Ghafir, ayat 19)

Penutup

Panduan ini disediakan sebagai langkah membimbing pengguna agar sentiasa berpandukan syariat dalam usaha mencari jodoh. Semoga segala usaha ini mendapat keredaan Allah dan membawa ke arah pernikahan yang diberkati dan berpanjangan hingga ke Jannah.